Bismillahhirrahmannirahim….
Kalau kita diberikan pilihan sudah tentu ramai yang memilih untuk tidak dilahirkan ke dunia ini. Kalau kita diberikan pilihan sudah tentu kita akan memilih untuk menjadi nabi atau rasul. Dan mungkin juga kita memilih untuk dilahirkan dari kalangan golongan bangsawan. Pada masa itu juga tidak mustahil binatang memilih untuk menjadi Buraq daripada menjadi seekor katak. Dan kalau manusia diberikan pilihan sudah tentu mereka akan memilih untuk menjadi lelaki atau perempuan.
Hakikatnya kita tiada pilihan kerana segala-galanya telah ditetapkan oleh Qada’ n Kadar Allah SWT.
Ada roh diamanahkan menjadi manusia bernama lelaki dan sebagai suami tetapi tidak sebagai seorang ayah. Ada pula yang sekadar menjadi seorang lelaki hingga akhir hayatnya dan ada pula diamanahkan menjadi seorang bapa hingga akhir hanyatnya. Ada roh diamanahkan menjadi manusia bernama wanita, sebagai isteri dan sebagai ibu. Ada pula yang diamanahkan hanya sebagai seorang wanita dan sebagai seorang isteri sahaja. Ada pula yang diamanahkan sebagai wanita sahaja sehingga ke akhir hayatnya.
Kita hadir ke dunia bukanlah atas pilihan kita tetapi ianya adalah kehendak-Nya yang mutlak. Kita lahir dalam keadaan sehelai sepinggan dengan tiada tahu apa-apa pun. Dari bahasa dalam bentuk tangisan dan tingkahlaku sehinggalah kita boleh memahami bahasa manusia.
Sebelum kehadiran kita ke dunia, Allah SWT terlebih dahulu telah menentukan segala-galanya. Umur, rezeki, amalan, kematian n etc. Seolah-olah kita hadir berdiri dalam keadaan berbogel dalam keadaan gelap gelita dan kita tidak tahu apa tujuan kita dihadirkan ke dunia ini dan ke arah mana harus kita tempuhi. Keadaan yang gelap gelita itu terlalu mustahil boleh dilihat dengan mata kasar. Dengan ketetapan dalam soal umur, rezeki, amalan, kematian dan etc, Allah turunkan para rasul dan nabi dengan membawa kitab-kitab sebagai keterangan tujuan dihadirkan ke dunia dan tujuan diciptakan serta panduan untuk “berjalan” di dalam kegelapan menuju ke arah yang Dia mahukan. Ada yang tunduk patuh, ada yang ingkar dan ada yang serba kebingungan.
AllahuAkbar!... Astaqfirullah hal ‘azim La haula wala kuwata illa billa.
Allah SWT hadirkan alam/sesuatu musibah/benda/seseorang kepada kita bukan bertujuan sekadar melengkapan perjalanan hidup kita tetapi semata-mata sejauh mana kita menTAUHIDkan Diri-Nya (Af’al-Nya, Sifat-Nya, Asma’-Nya, Zat-Nya) pada setiap sesuatu/seseorang yang hadir dlm hidup kita.
Pada tahap mana pun amanah yang Dia berikan kepada kita bukan semata-mata persoalan sudah melaksanakan amanah itu atau belum tetapi persoalan adakah kita telah menTAUHIDkan Dia dalam setiap perjalanan hidup kita dalam melaksanakan setiap amanah yang telah diberikan.
Semata-mata persoalan “LA ILLAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH”.
AllahuAkbar!... Astaqfirullah hal ‘azim La haula wala kuwata illa billa.
-----------------------------------------------------------------------------------
HTML Comment Box is loading comments...

