Photobucket

Sunday, 22 July 2012

MARHABAN YA ROMADHAN....







Salam RAMADHAN AL MUBARAK... ALLAHUAKBAR! AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN.

Sempena Ramadhan Al Mubarak, Musafir Faqir akan berkongsi post yang sama di kebanyakkan bloq atau pun facebook. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan bermanfaat untuk kita jadikan ”ibadat yang dipersembahkan” kepada Rabbul ’Alamin.

Firman Allah SWT bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. Puasa itu diwajibkan dalam beberapa hari tertentu. Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) maka hendaklah ia digantikan dengan hari-hari lain." -Al-Baqarah : 183 

Nabi s.a.w. bersabda dalam satu hadisnya; “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan melakukan pendustaan, maka bagi Allah tidak ada keperluan dalam ia meninggalkan makan dan minumnya (yakni Allah tidak berhajat kepada puasanya)” (Riwayat Imam Bukhari, Abu Daud, at-Tirmizi dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.).

Hadis di atas menjelaskan kepada kita bahawa puasa yang sebenar bukanlah hanya puasa zahir sahaja (iaitu dengan menegah diri dari makan, minum, bersetubuh dan sebagainya) tetapi juga berpuasa batin iaitu dengan menegah diri dari maksiat dan dosa. Seorang yang berpuasa di samping menjaga diri dari makan, minum dan sebagainya, ia juga mesti menjaga anggota-anggotanya dari dosa dan maksiat. Jika tidak ia tidak akan mencapai kesempurnaan puasa sebagaimana yang dikehendaki Allah.

Bagi menjelaskan lagi tuntutan puasa batin ini, Imam al-Ghazali membahagikan darjat puasa manusia kepada tiga bahagian;

1. Puasa umum: iaitu berpuasa dengan menahan perut dan faraj (kemaluan) dari menikmati keinginannya (makan, minum dan sebagainya).

2. Puasa khusus: iaitu berpuasa yang disertakan dengan menjaga pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota dari melakukan yang haram atau dosa.

3. Puasa khususul khusus (paling khusus): iaitu berpuasa dengan menyertakan semua yang tersebut di atas dan menambah lagi dengan berpuasa hati dari segala cita-cita yang kotor dan pemikiran-pemikiran keduniaan dan memesongkan perhatian dari selain Allah sama sekali. 


Bagi perkongsian kali ini, Muasafir Faqir cuba membawa pembaca melihat ibadat puasa dengan lebih halus dengan melihat yang tersirat dalam yang tersurat.

Puasa itu ada 3 jenis.

1.   1.Puasa Syariat

2.   2.Puasa Tarekat

3.   3.Puasa Hakikat

Puasa Syariat begitu masyhur diperkata, bahkan inilah yang saban tahun kebanyakkan manusia menjalani ibadat puasa. Huraian tentang puasa syariat telah acapkali kita dengar dari ceramah dan kuliah di masjid-masjid dan di surau-surau. Dan puasa syariat jugalah yang kita dilatih oleh ibu bapa kita dan puasa syariat jugalah yang kebanyakkan dari kita melatih anak-anak berpuasa.

Puasa Tarekat
1.   1.Menahan diri daripada di benci oleh segala makhluk terhadap diri sendiri.

2.   2.Menahan diri daripada hawa nafsu yang datang kepada diri anda.

3.   3.Menahan diri daripada keluh kesah apabila ditimpa bala, keluh kesah kerana  menahan qada’ dan kadar Hak Allah SWT walaupun anda amat benci dengan keadaan demikian.

Puasa Hakikat
1.   1.Menahan diri daripada melatah iaitu mengeluarkan perkataan yang dilarang oleh hukum syarak.

2.   2.Menahan diri daripada menyatakan rahsia makrifat yang menyalahi hukum syariat (syarak ).

3.   3.Sentiasa ingat dan mempunyai cita-cita yang kuat untuk menunaikan segala yang tersebut sebelum terlanjur.

Semoga Ramadhan kali ini bermakna untuk kita supaya ianya menjadi madrasah tarbiah yang membina iman kita bila berada di luar bulan Ramadhan. 

‘Ala kulihal tepuk dada tanya iman kita.
-------------------------------------------------------------------------------------


HTML Comment Box is loading comments...

Friday, 13 July 2012

Apakah Allah Dapat Dikenal?


Apakah Allah dapat dikenal?

Semua yang hidup berkehendak kepada Allah. Yang berkehendak kepada Allah itu berkehendak pula mengenal-Nya. Sifat Allah tidak berjirim dan tidak berjisim, namaun bagaimana Allah itu boleh dikenali?

Sebagai makhluk yang bersifat zahir tidak mungkin kita kita mengenal Allah melalui anggota zahir. Allah itu bersifat ghaib, halus dan bersifat batin. Hanya perkara halus sahaja dapat mengenal yang halus. Hanya perkara ghaib sahaja yang dapat mengenal yang ghaib. Hanya yang batin sahaja yang mengenal batin.

Hanya Allah sahaja yang dapat mengenal Allah. Selagi kita masih kekal sebagai makhluk yang bersifat zahir tidak mungkin kita mengenal yang bersifat zahir. Melainkan Allh itu dapat dikenal melalui Sifat-Nya dan melalui bekas-bekas-Nya sahaja. Mana mungkin perkara ghaib boleh dikenal melalui yang bersifat zahir. Manakala perkara-perkara zahir hanya dapat dikenal oleh yang zahir. Manakala perkara batin hanya batin sahaja yang mengenal batin. 

Walaubagaimana mustahil sekali pun sebagai seorang Islam, Allah itu wajib untuk dikenali oleh kita semua. Lantaran itu Allah telah membuka sedikit kaedah dan ruang bagi-Nya untuk dikenali oleh kita semua. Ruang serta kaedah itu terletak pada diri kita sendiri iaitu ROH. Dengan cara melihat kepada diri sendiri (melihat kepada roh) seumpama kita telah melihat Allah swt. Apabila kita telah mengenal diri, seumpamana kita telah mengenal Allah swt.

Allah akan dapat dilihat dan dipandang pada segenap penjuru alam. Melihat Allah iytu bukan dengan cara melihat tulisan atau gambar yang berbentuk tulisan. Allah itu akan dapat dilihat melalui wajah dan sifat makhluk-Nya (melalui bekas-bekas-Nya) . Penzahiran sifat-sifat dan bekas-bekas Allah yang teramat nyata dan teramat terang itu adalah pada diri kita sendiri, dengan syarat diri kita hendaklah dibinasakan terlebih dahulu kemudian barulah Allah akan dapat dipandang melalui penglihatan mata hati. Maksud “diri kita dibinasakan” telah Musafir Faqir kongsikan dalam post yang lepas-lepas. Para pembaca boleh membaca maksudnya secara jelas.

Selagi kita masih bergelar diri dan masih bergelar jasad selagi itu kita tidak akan dapat memandang Allah. Sesudah jasad tidak lagi bergelar jasad san setelah diri tidak lagi bergelar diri, maka disitulah Allah akan dapat dikenal dan dilihat melaluinya. Cahaya akal tidak cukup kuat untuk kita mengenal Allah jika tidak dibantu oleh cahaya rohani. Melalui cahaya rohani sahaja membolehkan kita mengenal dan memandang Allah swt.

 

Sifat zahir kita sebagai makhluk tidak layak untuk memandang Allah yang bersifat ghaib. Hanya Allah sahaja yang dapat mengenal dan memandang diri-Nya. Selagi bergelar diri, selagi itulah Allah tidak dapat dikenal.  Diri kita ini terhijab dari memandang Allah swt. Jasad inilah hijab yang paling utama mesti dibinasakan sekiranya mahu memandang Allah swt. Setelah diri kita binasa, lebur dan ghaib disitulah Allah akan terzahir dan ternyata dilubuk hati kita. Setelah nyata Allah di hati maka Allah-lah yang mengenal Allah.

Maksud Hadis:
“Aku mengenal Tuhan dengan Tuhanku”

Apabila diri tidak lagi kelihatan jasad dan apabila jasad tidak lagi kelihatan diri itulah tandanya cahaya makrifat telah menerangi hati kita. Diri kita tidak lagi bergelar diri dan akan bertukar menjadi fana dan jasad bertukar menjadi baqo’ . Apabila diri telah fana, baqo’ dan hilang dalam kilauan sirna cahaya wajah Allah, disitulah Allah akan dapat dilihat, dipandang dan dikenali melaluinya. Setelah diri mencapai tahap baqo’ kan terlafazlah perkataan seumpama Hadis diatas. 

Mengenal Allah itu bukan bererti mengenal hakikat atau zat-Nya. Makhluk seperti kita tidak layak untuk mengetahui Zat Allah. Hakikat diri Allah dan hakikat Zat Allah itu hanya Allah sahaja yang dapat mengenal Diri-Nya sendiri. Kita dibolehkan untuk mengkaji Sifat-Nya, Asma’-Nya dan Af’al-Nya bagi tujuan mengenal Allah swt dalam erti kata sebenar supaya kita ini benar-benar beriman kepadaNya dan tidak melalukan syirik khafi apatah lagi terhindar dari melalukan syirik akbar.
Bagaimana Allah, dari mana Allah, kenapa Allah, Allah begitu dan Allah begini tidak boleh kita kaji. Yang boleh dikaji, dilihat dan dipandang oleh makhluk itu adalah adalah bayang-bayang Allah (bekas-bekas Allah – SifatNya, Asma’Nya,Af’alNya) yang terzahir pada diri kita sendiri dan terzahir pada seluruh alam. Allah itu paling tinggi, tidak terjangkau oleh ketimnggian pengetahuan akal. Sebagai makhlukNya kita tidak layak untuk memikirkan tentang hakikat Allah. Allah melarang manusia dari mengkaji tentang zat diri-Nya melainkan hanya sedikit dari ilmu itu. Yang sedikit itulah yang menjadi usul perkongsian ilmu di dalam bloq ini. 

Firman Allah swt bermaksud :
“ Dia (Allah ) tidak ditanya tentang apa-apa yang diperbuatNya sedang merekalah yang ditanyaiNya” – Surah Al Anbiya’ : 23




Yang dimaksudkan dengan perkataan “hanya sedikit dari ilmu itu” merujuk kepada diri kita sendiri iaitu berkenaan dengan roh. Ilmu kenal roh yang sedikit di dalam diri kita inilah yang dimaksudkan , disarankan dan yang dituntut untuk memahami bagi tujuan mengenal Allah supaya amal ibadat kita diterima oleh Allah swt. Umpama ibadat solat terdiri daripada jasad yang solat dan roh yang solat. Tiada sempurnanya solat sekiranya diri masih tidak kenal kepada Yang Empunya Solat. Sah atau batalnya solat terletak pada perbuatan jasad yang zahir (rukun solat ) tetapi sempurna atau tidak solat itu bergantung pada perbuatan roh ( kenal Allah swt ).


Firman Allah swt bermaksud :
“ Maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui” – Surah An Nahl : 43  & Surah Al Anbiya’ : 7 .

Amatlah rugi umur kita sekiranya kita tidak mengambil peluang untuk belajar ilmu kenal diri. Amatlah sia-sianya amalan kita sekiranya kita tidak kenal dan tidak tahu kepada Yang Empunya Segala Amal Ibadat. 

Dengan mengembalikan, memulang, menyerah dan dengan membinasakan sifat makhluk maka barulah Allah beserta wajahNya akan terzahir, terpandang dan terlihat pada sekelian alam. Terzahirnya wajah Allah itu sehinggakan boleh dipandang dan dilihat di seluruh alam maya ini. Wajah Allah itu adalah merupakan wajah cahaya sekalian langit dan bumi. Bagi yang nerhati basyirah pasti akan dapat melihat Allah swt melalui alam langit dan alam bumi ini.

Hadis Qudsi :
“Aku (Allah) adalah Kanzun Mahfiyyan (terpendam dan tertutup). Aku (Allah) ingin ditemukan dan dikenali. Ku ciptakan makhluk agar mereka mengenal-Ku” 

Firman Allah swt bermaksud :
“ Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak lagi bisu yang tidak mahu memahami sesuatu pun (dengan akal fikirannya) “ – Surah Al Anfaal : 22.

-----------------------------------------------------------------------------------------


HTML Comment Box is loading comments...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...