Photobucket

Thursday, 29 September 2011

DEMI MASA....



BISMILLAHIRROHMAANNIRRAHIM ….itulah salah satu kalimah yang penuh dengan maksud tersirat untuk memahami kejadian mahluk di alam semesta dan juga mengenali Maha Pencipta Zat Wajibal Wujud.

DEMI MASA…masa adalah sesuatu yang tidak boleh dipegang atau dikawal apatah lagi menentukan. Satu saat yang telah berlalu tidak akan mungkin dapat kita cari kembali atau kekalkan. Masa tidak pernah menunggu kita untuk sesuatu perkara dan masa juga tidak pernah mengkhianati kita. Setiap orang dimuka bumi ini mempunyai masa seharian yang sama iaitu 24 jam/hari atau 1440 minit/hari atau 86400 saat/hari. Cuba kita rehat seketika sambil melihat jarum jam selama 1 minit, adakah 1 minit itu terlalu singkat untuk kita? Pernahkah kita terpikir apa yang boleh kita lakukan dalam masa 1 minit?.....

DEMI MASA...ya! itulah sumpah Zat Wajibal Wujud Pemilik Alam Semesta Maha Pengasih Maha Penyayang kepada semua manusia. Tidak kira manusia itu berada di mana, agama apa, keturunan apa, bangsa apa dan apa juga yang diistilah kepada manusia, semuanya dalam kerugian KECUALI YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH. Beriman tanpa amalan adalah sia-sia, beramal tanpa iman adalah sesat. IMAN dan AMAL adalah 2 perkara yg amat penting bagi seorang bernama manusia untuk berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat. Dengan IMAN maka manusia akan kenal Pencipta diri ini , Pencipta sekalian mahluk dan Pencipta sekalian alam maya.

DEMI MASA...setiap manusia berpeluang untuk mencari kebenaran dan tujuan hidup di dunia. IMAN adalah sesuatu yang diyakini dengan hati, diakui dengan lidah dan dipraktikkan dengan seluruh anggota badan. IMAN itu amat luas maksudnya. Rukun Iman dan Rukun Islam menjadi tunggak utama untuk beramal soleh. Persoalan yang timbul, adakah kita beriman dan kenal Zat Wajibal Wujud seperti mana yang Dia kehendaki manusia kenali atau kita hanya mengikut apa yang dah berlaku, sebab lahir dari keluarga beragama Islam. Adakah cukup sekadar kita tahu menyebut dengan lidah ”Beriman kepada Allah swt” ”Beriman kepada Malaikat” ”Beriman kepada Nabi dan Rasul” ”Beriman kepada Kitab-Kitab” ”Beriman kepada Hari Akhirat” ”Beriman kepada Qada dan Kadar” ?..... Mana mungkin kita bekerja mencari nafkah seharian tanpa kita kenal siapa majikan yang akan bayar gaji kita, tanpa kita tahu polisi syarikat dan undang-undang syarikat? ... Nah! Begitu juga kita dibumi Allah swt Zat Wajibal Wujud...kena kenal Allah swt seperti yang Dia kehendaki manusia kenali. Dan kita juga dikehendaki menyembah kepada Allah swt seperti mana yang Dia nak manusia semuanya menyembah Dia tanpa menyengutukan dengan sesuatu.

DEMI MASA...Awaluddin makfiratullah...awal mengenal agama itu adalah mengenal Allah swt....nak kenal Allah swt mesti kena kenal diri...siapa kita ini? ...Man arafa nafsahu faqad arafa rabbahu...barang siapa kenal diri maka kenal Pencipta....DEMI MASA....Siapakah diri kita ini?....Carilah jawapan kerana Masa pasti tidak akan menunggu kita walaupun sesaat....Sama ada kita menemui jawapan yang dicari atau dikunjungi Malaikat Izrail sebelum sempat kita menemukan jawapan....

DEMI MASA....setiap 1 minit yang berlalu pasti tidak akan kembali....Dalam masa 1 minit pelbagai perkara boleh berlaku....Fikir-fikirkanlah...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

HTML Comment Box is loading comments...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...