Photobucket

Friday, 13 July 2012

Apakah Allah Dapat Dikenal?


Apakah Allah dapat dikenal?

Semua yang hidup berkehendak kepada Allah. Yang berkehendak kepada Allah itu berkehendak pula mengenal-Nya. Sifat Allah tidak berjirim dan tidak berjisim, namaun bagaimana Allah itu boleh dikenali?

Sebagai makhluk yang bersifat zahir tidak mungkin kita kita mengenal Allah melalui anggota zahir. Allah itu bersifat ghaib, halus dan bersifat batin. Hanya perkara halus sahaja dapat mengenal yang halus. Hanya perkara ghaib sahaja yang dapat mengenal yang ghaib. Hanya yang batin sahaja yang mengenal batin.

Hanya Allah sahaja yang dapat mengenal Allah. Selagi kita masih kekal sebagai makhluk yang bersifat zahir tidak mungkin kita mengenal yang bersifat zahir. Melainkan Allh itu dapat dikenal melalui Sifat-Nya dan melalui bekas-bekas-Nya sahaja. Mana mungkin perkara ghaib boleh dikenal melalui yang bersifat zahir. Manakala perkara-perkara zahir hanya dapat dikenal oleh yang zahir. Manakala perkara batin hanya batin sahaja yang mengenal batin. 

Walaubagaimana mustahil sekali pun sebagai seorang Islam, Allah itu wajib untuk dikenali oleh kita semua. Lantaran itu Allah telah membuka sedikit kaedah dan ruang bagi-Nya untuk dikenali oleh kita semua. Ruang serta kaedah itu terletak pada diri kita sendiri iaitu ROH. Dengan cara melihat kepada diri sendiri (melihat kepada roh) seumpama kita telah melihat Allah swt. Apabila kita telah mengenal diri, seumpamana kita telah mengenal Allah swt.

Allah akan dapat dilihat dan dipandang pada segenap penjuru alam. Melihat Allah iytu bukan dengan cara melihat tulisan atau gambar yang berbentuk tulisan. Allah itu akan dapat dilihat melalui wajah dan sifat makhluk-Nya (melalui bekas-bekas-Nya) . Penzahiran sifat-sifat dan bekas-bekas Allah yang teramat nyata dan teramat terang itu adalah pada diri kita sendiri, dengan syarat diri kita hendaklah dibinasakan terlebih dahulu kemudian barulah Allah akan dapat dipandang melalui penglihatan mata hati. Maksud “diri kita dibinasakan” telah Musafir Faqir kongsikan dalam post yang lepas-lepas. Para pembaca boleh membaca maksudnya secara jelas.

Selagi kita masih bergelar diri dan masih bergelar jasad selagi itu kita tidak akan dapat memandang Allah. Sesudah jasad tidak lagi bergelar jasad san setelah diri tidak lagi bergelar diri, maka disitulah Allah akan dapat dikenal dan dilihat melaluinya. Cahaya akal tidak cukup kuat untuk kita mengenal Allah jika tidak dibantu oleh cahaya rohani. Melalui cahaya rohani sahaja membolehkan kita mengenal dan memandang Allah swt.

 

Sifat zahir kita sebagai makhluk tidak layak untuk memandang Allah yang bersifat ghaib. Hanya Allah sahaja yang dapat mengenal dan memandang diri-Nya. Selagi bergelar diri, selagi itulah Allah tidak dapat dikenal.  Diri kita ini terhijab dari memandang Allah swt. Jasad inilah hijab yang paling utama mesti dibinasakan sekiranya mahu memandang Allah swt. Setelah diri kita binasa, lebur dan ghaib disitulah Allah akan terzahir dan ternyata dilubuk hati kita. Setelah nyata Allah di hati maka Allah-lah yang mengenal Allah.

Maksud Hadis:
“Aku mengenal Tuhan dengan Tuhanku”

Apabila diri tidak lagi kelihatan jasad dan apabila jasad tidak lagi kelihatan diri itulah tandanya cahaya makrifat telah menerangi hati kita. Diri kita tidak lagi bergelar diri dan akan bertukar menjadi fana dan jasad bertukar menjadi baqo’ . Apabila diri telah fana, baqo’ dan hilang dalam kilauan sirna cahaya wajah Allah, disitulah Allah akan dapat dilihat, dipandang dan dikenali melaluinya. Setelah diri mencapai tahap baqo’ kan terlafazlah perkataan seumpama Hadis diatas. 

Mengenal Allah itu bukan bererti mengenal hakikat atau zat-Nya. Makhluk seperti kita tidak layak untuk mengetahui Zat Allah. Hakikat diri Allah dan hakikat Zat Allah itu hanya Allah sahaja yang dapat mengenal Diri-Nya sendiri. Kita dibolehkan untuk mengkaji Sifat-Nya, Asma’-Nya dan Af’al-Nya bagi tujuan mengenal Allah swt dalam erti kata sebenar supaya kita ini benar-benar beriman kepadaNya dan tidak melalukan syirik khafi apatah lagi terhindar dari melalukan syirik akbar.
Bagaimana Allah, dari mana Allah, kenapa Allah, Allah begitu dan Allah begini tidak boleh kita kaji. Yang boleh dikaji, dilihat dan dipandang oleh makhluk itu adalah adalah bayang-bayang Allah (bekas-bekas Allah – SifatNya, Asma’Nya,Af’alNya) yang terzahir pada diri kita sendiri dan terzahir pada seluruh alam. Allah itu paling tinggi, tidak terjangkau oleh ketimnggian pengetahuan akal. Sebagai makhlukNya kita tidak layak untuk memikirkan tentang hakikat Allah. Allah melarang manusia dari mengkaji tentang zat diri-Nya melainkan hanya sedikit dari ilmu itu. Yang sedikit itulah yang menjadi usul perkongsian ilmu di dalam bloq ini. 

Firman Allah swt bermaksud :
“ Dia (Allah ) tidak ditanya tentang apa-apa yang diperbuatNya sedang merekalah yang ditanyaiNya” – Surah Al Anbiya’ : 23




Yang dimaksudkan dengan perkataan “hanya sedikit dari ilmu itu” merujuk kepada diri kita sendiri iaitu berkenaan dengan roh. Ilmu kenal roh yang sedikit di dalam diri kita inilah yang dimaksudkan , disarankan dan yang dituntut untuk memahami bagi tujuan mengenal Allah supaya amal ibadat kita diterima oleh Allah swt. Umpama ibadat solat terdiri daripada jasad yang solat dan roh yang solat. Tiada sempurnanya solat sekiranya diri masih tidak kenal kepada Yang Empunya Solat. Sah atau batalnya solat terletak pada perbuatan jasad yang zahir (rukun solat ) tetapi sempurna atau tidak solat itu bergantung pada perbuatan roh ( kenal Allah swt ).


Firman Allah swt bermaksud :
“ Maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui” – Surah An Nahl : 43  & Surah Al Anbiya’ : 7 .

Amatlah rugi umur kita sekiranya kita tidak mengambil peluang untuk belajar ilmu kenal diri. Amatlah sia-sianya amalan kita sekiranya kita tidak kenal dan tidak tahu kepada Yang Empunya Segala Amal Ibadat. 

Dengan mengembalikan, memulang, menyerah dan dengan membinasakan sifat makhluk maka barulah Allah beserta wajahNya akan terzahir, terpandang dan terlihat pada sekelian alam. Terzahirnya wajah Allah itu sehinggakan boleh dipandang dan dilihat di seluruh alam maya ini. Wajah Allah itu adalah merupakan wajah cahaya sekalian langit dan bumi. Bagi yang nerhati basyirah pasti akan dapat melihat Allah swt melalui alam langit dan alam bumi ini.

Hadis Qudsi :
“Aku (Allah) adalah Kanzun Mahfiyyan (terpendam dan tertutup). Aku (Allah) ingin ditemukan dan dikenali. Ku ciptakan makhluk agar mereka mengenal-Ku” 

Firman Allah swt bermaksud :
“ Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak lagi bisu yang tidak mahu memahami sesuatu pun (dengan akal fikirannya) “ – Surah Al Anfaal : 22.

-----------------------------------------------------------------------------------------


HTML Comment Box is loading comments...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...