Bismillahirrahmanirahim…. Alhamdulillah kita masih diberikan oleh Allah swt untuk terus mencari dan mendalami rahsia ilmu. Dalam kehidupan manusia , sejak dari kecil dididik dengan pencapaian. Setiap ibu bapa mahukan setiap anak-anak mereka mencapai markah “A” dalam setiap matapelajaran , padahal markah lulus adalah “D” dan cukup untuk meneruskan ke peringkat yang lebih tinggi. Tetapi mengapa dalam soal kedunia manusia begitu teruja mencari yang terbaik?... Kalau anak dapat “D” dalam matematik pasti ramai ibu bapa yang tidakpuas hati dan akan memarahi anak tersebut.
Begitulah juga dalam hal ilmu akhirat terutama ilmu TAUHID. Mempelajari ilmu Tauhid adalah wajib dan mendalaminya adalah fardhu kifayah. Alangkah bagusnya kalau setiap manusia teruja untuk mendalami ilmu Tauhid untuk membina keimanan sebaik mungkin ke tahap “A”…. Manusia lebih bersifat yang objektif tetapi roh itu bersifat subjebtif. Hanya roh yang kamil mampu membawa jasad manusia membina syariat hingga ke tahap “A”. Ayuh! Kita teruskan kembara ilmuNya.
Wujud terhasil daripada kesan kewujudan. Pertanyaan itu kesan daripada keinginan untuk tahu.
Salah satu jalan menuju makrifat kepada Allah swt adalah melalui cara melihat alam maya. Ini kerana alam maya itu adalah kesan kewujudan atau bekas-bekas sifat-Nya. Yang dimaksudkan dengan bekas-bekas sifat Allah itu adalah merujuk kepada apa jua yang ada di langit dan di bumi termasuklah makhluk bernama manusia.
Bekas-bekas sifat-Nya kepada alam dan merujuk kepada diri kita sendiri sebagai manusia. Mengenal melalui bekas-bekas sifat Allah (wajah Allah) adalah dengan cara melihat wajah diri dalam cermin. Diri kita ini adalah merupakan bekas-bekas sifat Allah. Dengan cara melihat wajah kita di dalam cermin seumpama kita melihat wajah Allah. Perlu diingatkan penguasaan ilmu NAFI dan ISBAT amat perlu difahami terlebih dahulu sekiranya mahu menuju makrifat. Umpamanya kewujudan ombak, buih, ais, laut dan sungai. Yang membezakan semuanya ini hanyalah nama tetapi hakikatnya ianya adalah AIR. Kesilapan pencari-pencari NUR ILAHI atau bertasauf adalah belajar tanpa guru dan tidak merujuk kepada yang yang arif dalam bidang ini. Masalah berlakulah banyak fitnah kepada para sufi yang sememangnya jelas dengan makrifat Allah SWT.
Firman Allah SWT bermaksud;
“Dalam diri mu sendiri, apa tidakkah kamu memperhatikannya? – Az Zariyat : 21
Secara ringkas, penglihatan yang kita perolehi pada saat ini bukan sebab kita ada mata. Ada mata belum tentu boleh melihat. Ada telinga belum tentu kita boleh mendengar. Kadang kala orang yang buta mata lebih “celik” dari kita yang ada mata.
Penglihatan (Basaar ) itu adalah sifat Allah , manakala sifat mata kita adalah wajah-Nya. Pendengaran (Samaa’) itu adalah sifat Allah, manakala sifat telinga adalah wajah-Nya. Begitulah tafsiran sifat dua puluh bila diterjemahkan pada diri. Sifat Allah merujuk kepada diri-Nya sendiri manakala wajah-Nya adalah kepada sifat makhluk selaku bekas dan bayang-Nya. Bekas-bekas sifat Allah itu adalah merujuk kepada alam maya serta makhluk termasuk diri kita sendiri. Apabila kita kenal sifat bayang dan sifat bekasnya dengan sendirinya kita akan mengenal tuan yang empunya bayang iaitu Allah SWT.
Apabila kita mengenal wajah Allah , akan membawa kita mengenal kepada diri kita sendiri. Manakala apabila kita mengenal diri sendiri, akan membawa kita mengenal kepada kepada Allah SWT.
Perlu ditegaskan disini, bayang dengan empunya bayang tidak akan sama. BARANG SIAPA MENGATAKAN MATA KITA MELIHAT ITU MATA ALLAH MELIHAT, TELINGA KITA MENDENGAR ITU TELINGA ALLAH MENDENGAR DAN SEBAGAINYA – MEREKA ITU SEBENARNYA SUDAH MENSYIRIKKAN ALLAH SWT MALAHAN TERSIMPANG JAUH DARI KEFAHAMAN ORANG-ORANG TASAUF.
Begitulah tafsiran hubungan diri kita dengan Allah SWT. Carilah wajah Allah dipermukaan “cermin” diri sendiri. Man jadda wajada.
---------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------
HTML Comment Box is loading comments...

