Photobucket

Wednesday, 27 June 2012

Tak Kenal Maka Tak Cinta


Apakah ilmu pertama yang pertama di fardhukan di dalam Islam?
Ilmu pertama yang menjadi fardhu dalam agama Islam itu adalah mengenal Allah swt. Sebagaimana dinyatakan oleh Nabi SAW dalam hadis bermaksud “ Awal-awal beragama itu mengenal Allah” .
Fardhu itu wajib iaitu wajib bagi yang beragama Islam mengenal Allah serta menjadi tanggungjawab pertama sebagai seorang muslim. Selagi ilmu mengenal Allah tidak dikuasai selagi itulah tidak layak baginya dipanggil muslim. Islam dan muslimnya seseorang itu adalah bergantung kepada kenal atau tidaknya ia kepada Allah dan bukannya bergantung kepada banyaknya ibadat.
Ilmu mengenal Allah itu sepatutnya diberi keutamaan dari lain-lain keutamaan dan hendaklah didahului dari lain-lain keperluan. Keutamaan dan keperluan pertama hidup makhluk manusia itu bukan solat, puasa, zakat atau haji. Keutamaan yang pertama di dalam Islam itu adalah mencari  ilmu mengenal Allah kemudian barulah disusuli dengan mengerjakan amalan-amalan syariat yang lain.
Ketika Rasullulah saw mengutuskan Mu’az bin Jabar ke Yaman , baginda bersabda bermaksud “ Sesungguhnya engkau akan datang kepada satu kaum yang mempunyai kitab, maka hendaklah seruan yang mula-mula engkau serukan mereka kepadanya ialah tauhid akan Allah. Apabila mereka telah mengenal Allah maka khabarkan kepada mereka bahawa Allah telah menfardhukan atas mereka sembahyang lima waktu sehari semalam” .
Islam, iman dan amal yang sempurna itu adalah setelah sempurnanya ilmu mengenal Allah, barulah boleh disusuli dengan perintah solat dan amalan fardhu yang lain. Ilmu mengenal Allah ada 2 jalan. Pertama melalui jalan ilmu syari’at  dan yang keduanya melalui jalan ilmu hakikat.
Jalan ilmu syari’at itu mengenal Allah melalui pekerjaan anggota zahir. Umpamanya menggunakan tangan untuk bertakbir, kaki untuk berdiri, mulut untuk melafazkan ayat-ayat suci AL Quran dan sebagainya. Manakala jalan hakikat untuk mengenal Allah itu dilakukan dan disempurnakan melalui pekerjaan anggota batin iaitu roh.
Pekerjaan ibadah syari’at tanpa diikuti dengan pekerjaan ibadah hakikat (roh) hukumnya adalah tidak sempurna dan tidak sah. Tidak memenuhi kehendak agama dan tidak pula memenuhi tuntutan Islam. Ibadah anggota zahir yang tidak disertai anggota batin itu umpama pohon mati yang tidak berdaun, umpama sebiji buah yang ketidaan isi dan umpama matahari yang tiada cahaya.
Islam bukannya agama syari’at yang hanya beribadah melalui anggota zahir semata-mata seperti agama-agama lain. Islam itu adalah agama ibadah yang disertai dengan perkerjaan anggota batin ( roh) .
Mengenal Allah melalui ilmu syariat ianya lebih mengutamakan pergerakkan anggota pamcaindera zahir. Umpama anggota kaki untuk berdiri, tangan untuk bertakbir, mulut untuk berkata-kata dan sebagainya. Manakala mengenal Allah melalui ilmu hakikat ia bukan sahaja menjurus kepada pekerjaan zahir malahan lebih tertumpu dan lebih menjurus kepada perkara rasa dan zuk. Umpama kehadiran rasa khusyuk, rasa lazat dan rasa tawaduk di dalam setiap amalan-amalan syari’at.
Yang pertama di dalam sesuatu ibadah itu adalah solat. Yang pertama di dalam solat itu adalah khusyuk. Yang pertama di dalam khusyuk itu adalah zuk. Yang pertama di dalam zuk itu adalah mengenal Allah. Yang pertama di dalam mengenal Allah itu adalah Islam. Yang pertama di dalam Islam itu adalah ilmu tauhid. Yang pertama di dalam ilmu tauhid itu adalah fana’ dan baqo’ . Yang pertama di dalam fana’ dan baqo’ itu adalah rasa. Yang pertama di dalam rasa itu adalah makrifat.  
----------------------------------------------------------------------------------------


HTML Comment Box is loading comments...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...