Photobucket

Monday, 18 June 2012

S.A.B.A.R





Bismillahirrahmannirrahim….Assalamualaikum wbt…
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah swt kerana masih memberikan kesempatan untuk meneruskan penulisan dan perkongsian ilmuNya.  Disebabkan kesibukkan urusan yang telah diamanahkan maka Musafir Faqir tidak ada kesempatan untuk menulis apa-apa diruang ini. SubhanAllah Alhamdulillah Allahuakbar!... Semoga dengan ruang yang sedikit ini dapat kita manfaatkan untuk berkongsi ilmuNya. InsyaAllah!...
TUNDUKKAN NAFSUMU SEBELUM ENGKAU DITUNDUKKAN OLEHNYA
Berpaling daripada Allah swt ketika diturunkan hokum-hakamNya bererti matinya agama, binasanya tauhid, musnahnya keredhaan dan keikhlasan. Sedangkan hati orang mukmin tidak mungetahui mengapa dan bagaimana hendak melayan dorongan nafsunya. Bahkan ia berkata “Benar ! Semua nafsu itu mesti dilawan, ditentang dan dimusuhi” . Oleh yang demikian , barangsiapa yang ingin memperbaiki dirinya maka hendaklah dia berlatih untuk memerangi nafsunya sehingga dirinya bebas daripada cengkaman kejahatan dan pengaruh nafsu kerana seluruh nafsu itu mengajak kepada kejahatan.
Apabila kita mampu menggembleng dan menundukkan nafsu maka seluruh nafsu itu akan jadi baik yakni kebaikan yang berada di dalam kebaikan. Sehingga jadilah ia menurut semua ketaatan dan meninggalkan semua kejahatan dan kederhakaan. Dalam keadaan yang demikian maka diucapkan baginya firman Allah swt yang bermaksud – “Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan penuh redha dan diredhaiNya. Maka masuklah kamu ke dalam golongan hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu” Al Fajr : 27-30

Dengan demikian maka sudah pastilah ketakwaannya dan hilang daripadanya segala keburukan serta tiada kebergantungan kepada makhluk. Hal ini telah berlaku kepada Nabi Ibrahim Kahilullah, baginda telah terlepas daripada kongkongan nafsunya dan baginda hidup dengan tenang, bebas daripada pengaruh nafsu yang sentiasa mendorong manusia kepada melakukan kejahatan.
Ketika jiwa telah tenang, datanglah kepadanya berbagai jenis makhluk yang menawarkan bantuan dan pertolongan. Ketika itu baginda menjawab –“ Aku tidak memerlukan pertolongan kamu sekalian. Dia (Allah) mengetahui keadaanku dan memenuhi segala permohonanku”.
Kerana penyerahan dan ketakwaan baginda yang tidak berbelah bagi itu maka Allah berfirman kepada api, kataNya bermaksud –“ Berkata Kami, wahai api! Menjadi dinginlah engkau dan selamatlah engkau terhadap Ibrahim…!”Al Anbiya’ : 69
Allah memberi pertolongan kepada orang yang sabar bersamaNya di dunia tanpa batas sementara di akhirat pula ia dianugerahkan dengan kenikmatan tanpa batasan sesuai dengan firmanNya yang bermaksud- “ Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang diganjarkan dengan pahala mereka tanpa batasan”Al Zumar : 10
Tiadalah samar bagi Allah segala sesuatu yang ditanggung oleh orang-orang yang menanggung keranaNya. Bersabarlah seketika bersamaNya sementara kamu telah melihat kelembutanNya dan Dia telah memberikan kenikmatanNYa bertahun-tahun lamanya. Keberanian adalah sabar untuk seketika. Allah swt berfirman bermaksud – “ Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” – Al Baqarah : 153
Dengan pertolongan dan harapan bersabarlah bersamaNya. Ingatlah kepadaNya dan janganlah kita lalai daripada mengingatiNya. Janganlah kita sedar setelah mati, kerana kesedaran ketika itu sudah tidak bermanfaat. Ingatlah kamu sebelum kamu diberi peringatan bahawa sudah tiada lagi perintah bagimu sehingga kamu menyesal disaat penyesalan tiada berguna lagi bagi kamu. Perbaikilah hati kita kerana apabila hati itu sudah baik maka akan baik pulalah seluruh keadaan kita. Sehubungan dengan sabda Rasullullah saw yang bermaksud –“ Sesungguhnya di dalam jasad anak adam itu ada segumpal daging. Apabila daging itu baik maka baiklah seluruh jasadnya. Apabila rosak daging itu maka akan rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah dia adalah hati” Riwayat Imam Bukhari.
Memperbaiki hati itu hanya dapat dilakukan dengan takwa, tawakal kepadaNya, mengesakanNya dan berlaku ikhlas dalam setiap amalan yang dilakukan semata-mata keranaNya. Tanpa sikap-sikap yang disebutkan ini maka hati akan rosak. Hati bagaikan burung di dalam sangkar atau bagaikan berlian di dalam ikatannya atau bagaikan harta yang tersimpan dengan sempurna di dalam almari. Adapun yang diperhitungkan di sini adalah burungnya bukan sangkarnya. Hartanya bukan alamarinya. Bayangkanlah seekor burung tanpa sangkar, sebentuk berlian tanpa ikatan atau selonggok harta tanpa tempat menyimpannya.
Ya Allah! Sibukanlah anggota tubuh kami dengan ketaatan kepada Mu dan hati kami dengan makrifat kepada Mu. Sibukanlah sepanjang hayat kami, siang dan malam, pertemukanlah kami dengan orang-orang soleh yang sudah mendahului kami. Berilah kami rezeki sebagaimana rezeki yang Engkau kurniakan kepada mereka. Datangkanlah kepada kami sebagaimana yang Engkau datangkan kepada mereka. Amin!…Ya Rabbal ‘alamin.
-----------------------------------------------------------------------

HTML Comment Box is loading comments...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...