Photobucket

Sunday, 2 October 2011

JASAD OH JASAD....



Ya Allah, Tuhan yang NurNya berada dalam RahsiaNya, dan RahsiaNya berada dalam makhlukNya, lindungi lah aku dari penglihatan orang-orang yang mengintai, dari hati orang-orang yang hasad dan orang-orang yang zalim, seperti Engkau melindungkan Roh manusia didalam tubuhnya, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa diatas tiap-tiap sesuatu.


SUBHANALLAH….Maha Suci Engkau Ya Rab!...Kejadian Roh adalah salah satu kejadian yang cukup indah dan terhijab secara nyata disebalik jasad yang pasti  rosak dimamah usia serta hancur dimakan ulat-ulat yang sedia menanti di dalam tanah.

Untuk  mengenali  Allah swt, perlu mengenali diri terlebih dahulu. Untuk mengenali diri, perlu mengenali Roh. Apakah itu ROH ?...Adakah ROH itu nyawa kepada jasad?...Adakah ROH itu nafas kepada anggota badan?...

Allah swt telah memperlihatkan DiriNya (SifatNya, Af’alNya dan AsmaNya) pada sekelian alam. Bagi yang dikurniakan mata basyirah pasti dapat melihatNya . Allah swt memperlihatkan DiriNya lebih terang dari cahaya matahari yang menyinari bumi. Mengapa kita tidak dapat melihat Allah swt?... Adakah Allah swt pilih kasih untuk memperlihatkan DiriNya kepada sesiapa yang dikehendaki?...Adakah kita tidak layak untuk mendapat melihat Allah swt pada sekelian alam semesta?...Orang celik tidak semestinya celik mata hati...orang yang buta tidak semestinya buta mata hati...Buta mata zahir hanya tidak nampak keindahan dunia tetapi buta mata hati tidak nampak jalan pulang nun di akhirat yang begitu hampir dengan kita.  Dari alam ghaib (alam Roh)  kita datang, ke alam ghaib (alam Barzakh) juga kita akan kembali.  Dari alam kosong (alam rahim )kita datang , ke alam kosong ( alam kubur) juga kita akan kembali. Dari ROH kita datang, kembali juga sebagai ROH.  JASAD???...tinggal didunia dan hancur dimakan cacing dan ulat didalam tanah.

ALLAHUAKBAR...Allah Maha Besar! ...Yang menjadi penghalang antra kita (ROH) dengan Allah swt adalah JASAD...ROH pasti kenal Allah seperti FirmanNya didalam Al quran bermaksud – Alaistu bi rabbikum ( Adakah Aku ini Tuhan Kamu? Roh menjawab – Kola bala syahidna (Bahkan benar  kami menyaksikan ).

 ASTAGFIRULLAHHAL A’ZIM...LA HAULA WALA KUWATA ILLA BILA...Ya Rab! Ampunilah kami kerana kami telah menzalami diri kami. Ampunilah kami kerana kami LUPA dan SOMBONG dengan anugerah nikmat yang telah Engkau kurniakan pada kami.

JASAD merupakan hijab pertama yang menghalang ROH dari melihat Allah swt pada alam semesta ini. Pada jasad berdirinya SYARIAT dan pada ROH berdirinya HAKIKAT.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
                               

HTML Comment Box is loading comments...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...