APA KHABAR IMAN KITA HARI INI? Adakah bertambah sihat atau kurang sihat? Adakah imam kita masih tercari-cari ruang untuk ditempatkan di dalam hati?.....
ADAKAH IMAN KITA HARI INI SUDAH BENAR –BENAR SEJAHTERA UNTUK BERTEMU ALLAH SWT SEKIRANYA KITA DI PANGGIL PULANG HARI INI? ADAKAH KITA PASTI IMAN KITA SUDAH KUAT DAN AMAT YAKIN TEGUH SELAMAT ?....SESUNGGUHNYA Iman kita belum lagi selamat. Hanya Nabi SAW sahaja dijamin oleh Allah SWT tahap keimanan baginda paling sejahtera dan paling selamat.
Tiada siapa yang dapat mengukur tahap keimanan diri dalam hati. Iman merupakan sesuatu yang amat susah diterjemahkan dengan bahasa hati. Bagi bahasa lisan, iman bermaksud PERCAYA DENGAN YAKIN TANPA ADA SEDIKIT PUN KERAGUAN. Adakah kita benar-benar percaya dengan apa yang kita lafazkan? Kalimah syahadah sebanyak 9x sehari dalam solat fardhu dan menjadi rukun dalam solat, adakah ianya benar-benar dari hati kita ini? ”Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah” ...Persoalan disini adakah kita benar-benar ”SAKSI” Allah SWT itu tiada Tuhan selainNya dan Nabi Muhammad itu PesuruhNya ?...
Sebagai contoh, berlaku kejadian pembunuhan dan kita berada di lokasi kejadian. Maka kita merupakan saksi kejadian SEBAB KITA MENYAKSIKAN KEJADIAN tersebut. Tidak dinamakan saksi kalau kita tidak melihat kejadian pembunuhan tersebut. Begitulah juga PENYAKSIAN KEPADA ALLAH SWT DAN NABI MUHAMMAD SAW PESURUH-NYA .
PENYAKSIAN ini dinamakan IMAN . Melihat dan menyaksikan 2 Kalimah Syahadah . Adakah kita telah menyaksikan? JAWAPANNYA – BUKTI UNTUK PENYAKSIAN ITU AMAT JELAS LAGI NYATA TERANG, LEBIH TERANG DARIPADA PANCARAN CAHAYA MATAHARI YANG MENYINARI ALAM SEMESTA. Bagi yang belum dapat menyaksikan 2 Kalimah Syahadah ini, maka WAJIB mencari jawapan dengan belajar bagaimana untuk menyaksiakan 2 Kalimah Syahadah ini.
Asal tempat tinggal Roh adalah di syurga. Roh telah menyaksikan Allah SWT Zat Wajibal Wujud dan telah direkodkan di dalam Al Quran . Allah berfirman ” Alaistu bi rabbikum ?” Roh menjawab ” Kola bala syahidna” . Kemudian Allah swt telah mentakdirkan Roh hidup di dunia untuk diuji yang mana diantaranya yang benar-benar baik amalannya. Roh dalam Jasad menjalani kehidupan sebagai manusia. Allah swt kurniakan Nabi dan Rasul sebagai pembimbing untuk menunjuki jalan ke akhirat. Di anugerah pelbagai ilmu dan kepakaran. Di tetapkan segala-galanya berdasarkan Qada dan Kadar kemudian di panggil pulang untuk kembali kepada-Nya. TIKET UNTUK KEMBALI KE SYURGA BERTEMU ALLAH SWT ADALAH DENGAN 2 KALIMAH SYAHADAH.
Adakah kita benar-benar menyaksikan 2 Kalimah Syahadah ini?. Sesungguhnya kita tidak akan dapat menyaksikan 2 Kalimah Syahadah ini sekiranya kita tidak kenal Siapa Diri kita ini.
Firman Allah SWT bermaksud :-
”Mereka mengatakan dengan mulutnya barang yang tiada di dalam hatinya. Dan Allah lebih mengetahui dari apa yang mereka sembunyikan” - Ali Imran : 116
Kita mengatakan Allah swt itu ”Tiada Tuhan yang disembah melainkan Dia” tetapi kita tidak menyaksikan Dia dan kita mengatakan ” Nabi Muhammad SAW Pesuruh-Nya” dan kita tidak pernah bertemu Nabi SAW tetapi kita tetap melaksanakan syariat yang dibawa oleh Baginda. Inilah yang dinamakan IMAN . Keimanan ini bergantung kepada tahap keimanan seseorang sama ada Iman Ilmul Yakin ( berdasarkan Ilmu) , Iman Ainul Yakin ( berdasarkan penglihatan ) atau pun Iman Haqqul Yakin ( berdasarkan makrifat ) .
Menyaksikan Allah SWT pada sekalian jirim dan kharaj serta melihat Syariat ”berjalan” di muka bumi amatlah menakutkan bagi arifillah. Tiada seorang pun yang paling kenal akan Allah SWT kecuali Nabi Muhammad SAW . Walaupun hanya mendapat ”hujung sinaran” Allah SWT namun sudah cukup buat arifillah merasakan kemanisan apabila Syariat berdiri pada Hakikat. Cukup tawaduk bagi arifillah berjalan pada jalan Tarekat dengan pandangan Makrifat.
ALANGKAH bagusnya kalau kita ini mendapat anugerah-Nya, dapat melihat Allah SWT seperti orang-orang arifillah . Sungguh bahagia orang-orang arifillah ini dan tiada sedikit pun kerisauan dalam hatinya kerana bagi mereka ”Apa yang baik dan buruk itu semuanya adalah Kasih Sayang-Nya, semuanya adalah nikmat anugerah-Nya” . Allahuakbar! ....Macam mana dengan iman kita ini?
Allahuakbar!....Iman aku masih lemah dan belum selamat lagi. Aku masih leka dengan dunia sehingga lupa kepada Empunya Dunia. Aku masih belum benar-benar kenal Allah SWT seperti mana Allah SWT nak aku kenal Dia. Aku solat pun belum benar-benar ikhlas. Aku masih mengatakan itu ini hak aku, hingga aku lupa bahawa itu ini semuanya bukan aku punya. Aku masih tidak kenal Siapa Diriku ini. Ya Allah...ampunilah aku...berikanlah aku petunjuk untuk aku mengenali diriku supaya aku dapat kenal Diri-Mu Ya Rabb!!!! Ya Rabb berilah aku pertunjuk supaya aku dapat mengenali Pesuruh-Mu agar aku dapat melaksanakan Syariat-Mu!!! ...Astaqfirullah hal’azim!....
Firman Allah SWT bermaksud :-
” Dan siapa yang mengabaikan peringatan-Ku (ajaran-Ku) maka dia akan merasakan kehidupan yang sukar, kehidupan sukar ketika menghadapi pertanyaan dalam kubur” -Surah Taha : 124
Firman Allah SWT bermaksud :-
”Mereka yang bersungguh-sungguh datang menuju kami, pastilah kami akan menunjuki mereka jalan-jalan Kami” - Al Ankabut : 69
Firman Allah SWT bermaksud:-
”Hai manusia sesungguhnya kamu telah berjuang dengan bersungguh-sungguh menuju Tuhanmu, pasti kamu akan menemui-Nya” - Al Insyiqaad : 6
SESUNGGUHNYA IMAN KITA BELUM SELAMAT....
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
HTML Comment Box is loading comments...

