BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM…Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah segala puji bagi Allah Taala Zat Wajibal Wujud Rabbul ‘Alamin. Alhamdulillah kita masih diberikan peluang dan kesempatan untuk bertemu diruang maya ini. Bukan persoalan berapa sudah berapa banyak ilmu yang kita miliki tetapi yang pasti kita akan ditanya sudah berapa banyak ilmu yang sudah kita amalkan dan kongsikan kepada sekalian makhlukNya.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud - “ Tidak akan berganjak kaki anak Adam pada hari kiamat di hadapan ALLAH sehingga disoal tentang lima perkara; tentang umurnya, waktu mudanya,dan hartanya daripada mana ia dapat dan bagaimana membelanjakannya, dan apa yang dia amalkan daripada ilmunya” . Riwayat Ibnu Hibban & Tarmizi .
Ya… persoalan umur, zaman muda, harta & ilmu. Persoalan harta ada 2 bahagian iaitu “daripada mana” dan “bagaimana” …. Allahuakbar Astaqfirullah hal ‘azim La haula wala kuwata illa billa. Itu sebabnya setiap kali kita baca quran bila bertemu ayat berkaitan dengan SOLAT pasti Allah swt gabungkan dengan ZAKAT. InsyaAllah dalam perkongsian yang lain Musafir Faqir akan kongsikan kupasan berkaitan SOLAT dengan ZAKAT. Bi iznillah…
Apa yang sering kali kita kongsikan dan seringkali ulangkan adalah semata-mata berkongsi ilmuNya yang akan kita gunakan untuk kembali menuju Allah swt. Kadangkala ilmu yang kita dengar dengan telinga atau yang kita lihat dengan mata termat mudah tetapi hakikatnya itulah permulaan pada sesuatu amal yang menentukan kesempurnaan atau kebatilan. Sebagai contoh ilmu mengenai TAHARAH ( BERSUCI). Acapkali permahaman kita berlegar-legar tentang bersuci untuk anggota yang zahir bagi melakukan sesuatu amalan tetapi acapkali juga kita terlepas pandang bahawasanya kita ada anggota batin yang sebenarnya wajib terlebih dahulu disucikan.
Ilmu Tauhid adalah ilmu yang membahaskan perkara yang membuktikan kebenaran akidah Islam. Perbahasan tersebut bersumberkan dalil-dalil aqli (akal) dan naqli ( Al Quran dan Hadis) yang diyakini dan dapat menghapuskan segala keraguan. Ilmu Tauhid juga adalah ilmu yang mendedahkan segala kebatilan orang kafir, keraguan dan pendustaan yang mereka lakukan.
Itulah sebabnya bloq ini berlegar-legar dalam konteks Ilmu Tauhid ( Ilmu Ketuhanan) dan Ilmu Tasauf (Ilmu Ikhlas) . Belajar Ilmu Tauhid adalah WAJIB kepada setiap mukallaf sebelum melaksanakan sesuatu amal ibadat manakala mendalaminya adalah FARDHU KIFAYAH. Bloq ini lebih kepada mendalami ilmu dari cabang-cabang Ilmu Tauhid iaitu berkaitan dengan Ilmu Tasauf atau perjalanan kesufian menuju Allah swt.
‘Ala kulihal tepuk dada tanya iman kita.
----------------------------------------------------------------------------
HTML Comment Box is loading comments...

