Photobucket

Saturday, 8 September 2012

ILMU FAQIR


Bismillahhirrahmannirahim… Semoga sahabat-sahabat ku sihat dan senantiasa di bawah naungan Allah Taala.

“Ilmu Faqir” adalah rahsia yang amat halus dan perkataan yang digunakan amat dalam. Ilmu yang Faqir adalah rahsia Nabi-nabi dan wali-wali Allah yang diwarisi oleh mereka yang mengamalkan apa yang diamalkan oleh Nabi-nabi  yang teristimewa serta mengerjakan perkara yang diketahuinya.

Firman Allah Taala bermaksud “ Segala misalan itu Kami misalkan kepada seluruh manusia dan tidak ada yang memahaminya melainkan orang-orang yang alim”Al Ankabut : 43.

Tidak dibenarkan oleh undang-undang syara’ menyatakan, membuka dan menzahirkannya kepada orang yang bukan ahlinya kerana akal mereka itu tidak sampai kea rah pengetahuan tersebut.

Sabda Nabi saw bermaksud  “ Kami golongan Nabi-nabi diperintahkan oleh Allah Taala kepada kami semua supaya berkata kepada semua manusia mengikut keupayaan penerimaan akal mereka. Lagipun kalau akal mereka tidak sampai kearah memahaminya maka sudah tentu mereka akan menimbulkan fitnah ke atas kami” 

Sabda Nabi saw bermaksud “ Tidak akan berkata sesuatu kaum dengan perkataan yang tidak sampai kepada akal mereka itu melainkanmereka memberi fitnah ke atas mereka ( sesuatu kaum) “ .

 Sabda Nabi saw bermaksud “ Sesetangah ilmu itu keadaannya seperti mutiara yang tersimpan dalam hidangan pertut ibunya tidak ada sesiapa yang mengetahuinya melainkan orang-orang yang berilmu dengan Allah” .

Maksud “orang yang berilmu dengan Allah  ( Al A’limuna Billah)” ialah orang-orang yang mengenal Zat Allah, Sifat-Nya, Asma’-Nya dan Af’al-Nya malah ilmu mereka beserta dengan Allah Taala dan mengamalkan apa yang diketahuinya tanpa mencederakannya walau sedikit pun.

Menurut kata Imam Al Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin .”Sesungguhnya dilarang menceritakan rahsia itu kerana kecetekan fahaman (pengetahuan orang-orang awam) untuk menerimanya” .

 Berkata Abu Hurairah ra daripada Nabi saw bermaksud “ Tidak melebihi Abu Bakar daripada kamu dengan sebab banyak berpuasa dan tidak pula dengan sebab banyak sembahyang tetapi dia melebihi kamu dengan sebab Rahsia yang tetap di dalam hatinya” .

Berkata Imam Al Ghazali . “ Tidak syak lagi sesungguhnya Rahsia itu tertakluk kepada segala faedah yang ada dalam agama dan tidak terkeluar daripada apa yang ada dalamnya sudah tentu tidak terlepas daripada menzahirkannya kepada orang lain iaitu kepada ahlinya” .

Berkata Sahal Bin Abudllah At Tasturi “ Bagi orang-orang yang berilmu itu ada tiga bidang keilmuan; Pertama – Ilmu zahir (diberikan kepada ahli zahir ). Kedua – Ilmu batin (tidak harus menzahirkannya kepada sesiapau melainkan kepada ahlinya). Ketiga – Ilmu antara dia dengan Allah Taala ( tidak harus menceritakannya kepada sesiapapun) .

Berkata sesetengah orang Arifillah “ Menyatakan rahsia Ketuhanan itu kufur” .

Ada pula diantara mereka berkata . “ Bagi Ketuhanan itu ada rahsia, kalau dizahirkan nescaya batallah nubuwah (kenabian). Bagi nubuwah pula ada rahsia, kalau dibukakannya nescaya batallah ilmu (tidak berhajat kepada ilmu pengetahuan). Bagi ulamak itu pula ada rahsia, kalau dizahirkan nescaya tidak berhajat pada segala hukum” .

Nabi saw bersabda bermaksud “ Jangan kamu ceritakan kepada manusia akan ilmu yang tidak sampai pada akal mereka itu. Adakah kamu mengkehendaki bahawa diperdustakan oleh mereka itu akan Allah dan Rasul-Nya?” .

Berkata Abu Hurairah ra bermaksud “ Aku memperolehi daripada Rasulullah saw dua buah bijana ilmu. Satu daripadanya boleh ku nyatakan, manakala satu lagi , tidak boleh ku nyatakannya. Jika aku menyatakannya nescaya halkumku disembelih orang”  - Riwayat Bukhari.
--------------------------------------------------------------------------------------------------


HTML Comment Box is loading comments...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...